Tempuh perjalanan 136 km jual dadah  - Utusan Malaysia

Tempuh perjalanan 136 km jual dadah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Seorang pengedar dadah warga Myanmar sanggup menempuh perjalanan sejauh 136 kilometer (km) semata-mata bagi menjual bahan terlarang itu di Teluk Rhu, Sungai Air Tawar di sini semalam. 

Bagaimanapun, lelaki berusia 49 tahun itu diberkas pukul 5 petang menerusi Ops Tapis di kawasan hutan bakau di kawasan berkenaan. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, pemeriksaan terhadap suspek menemui 38 plastik lut sinar disyaki heroin di beg pinggang dipakainya. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, nilai dadah itu bernilai RM1,200.

“Berdasarkan siasatan awal suspek dikatakan sanggup datang dari Bandar Puteri Puchong ke daerah ini bagi menjual dadah. 

“Suspek dikatakan telah bergiat aktif sendirian sejak enam bulan lalu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Beliau menegaskan hasil semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau dan ujian air kencing mendapati negatif dadah. 

Ujar Chee Khoon, suspek kini direman selama 14 hari sehingga 31 Mei depan untuk siasatan lanjut. 

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini