Teknologi 5G - Utusan Malaysia

Teknologi 5G

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Generasi pertama rangkaian mudah alih hadir pada tahun 1980-an. Ketika itu masih menggunakan teknologi analog dalam perhubungannya seperti mana telefon talian tetap.

Kemudian, hadir generasi kedua yang dikenali sebagai 2G yang menggunakan teknologi GSM iaitu berpindah daripada teknologi analog kepada teknologi digital.

Ketika ini diperkenalkan beberapa fungsi baharu seperti data mudah alih dan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS).

Memuatkan artikel berkaitan…

Selepas itu, hadir generasi ketika yang dikenali sebagai 3G dengan penambahan pelbagai ciri yang menarik seperti peningkatan tinggi tahap kualiti suara dan penghantaran data, panggilan video, Internet mudah alih, pengsteriman dan lain-lain.

Teknologi 3G ini juga telah dipertingkatkan mutunya kepada versi teknologi 3.5G.

Kemudiannya, hadir teknologi 4G dan 4.5 G yang menjadi keutamaan pasaran penggunan pada masa kini.

Teknologi 4G hadir dengan beberapa ciri seperti peningkatan kualiti jalur lebar mudah alih, pengsteriman berdefinisi tinggi, televisyen mudah alih , sidang video dan lain-lain.

Kini hadir di pasaran pengguna dan masih di peringkat awal iaitu teknologi rangkaian mudah alih 5G.

Rangkaian mudah alih 5G membolehkan penghantaran data mudah alih dilakukan dengan lebih cepat dan secara serentak dengan lebih ramai pengguna.

Dikatakan sesebuah stesen itu boleh mencapai 10 ribu pengguna secara serentak dengan setiap satu pengguna boleh mencapai 10Mbs untuk penghantaran data.

Di samping itu, teknologi 5G ini berupaya mengurangkan lebih banyak halangan dan kekangan bagi capaian tanpa wayar ini.

Penggunaan teknologi 5G ini memerlukan penggunaan prasarana rangkaian dan alat capaian seperti modem dan telefon mudah alih yang menyokong teknologi ini.

Oleh itu beberapa syarikat telekomunikasi gergasi kelihatan terkehadapan dalam membangunkan prasarana rangkaian telekomunikasi teknologi 5G ini.

Beberapa syarikat gergasi telekomunikasi antara syarikat yang terkehadapan dalam membangunkan modem 5G yang digunakan dalam alat capaian seperti komputer riba, tablet dan telefon pintar.

Seiring dengan kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dengan revolusi perindustrian 4.0 dan IoT (Internet of Things) memerlukan teknologi capaian tanpa wayar yang lebih pantas, berkesan, cekap, penggunaan sumber yang cekap dan komunikasi yang cepat, teknologi rangkaian mudah alih 5G adalah jawapannya.

Teknologi 5G ini juga penting dalam komunikasi yang cekap dan berkesan dalam mengendalikan kenderaan tanpa pemandu.

Teknologi rangkaian mudah alih 6G pula akan menanti di masa akan datang yang menjanjikan capaian yang lebih laju dan cekap dengan gabungan bersama rangkaian gentian fiber.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini