Tangani jenayah hidupan liar - Utusan Malaysia

Tangani jenayah hidupan liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
SETIAP minggu media massa melaporkan rampasan barangan diseludup seperti gading gajah, tanduk badak, anggota badan harimau dan kulit tenggiling. Benua Asia terutama sekali China dan Asia Tenggara adalah tumpuan utama bekalan dan permintaan terhadap banyak spesies hidupan liar terancam.

Walaupun wujud undang-undang dan peraturan di Malaysia dan negara-negara jiran berkaitan pemuliharaan hidupan liar, perdagangan haiwan berkenaan masih meluas serta berterusan di rantau ini.

Untuk mengatasi masalah ini, syarikat logistik yang menjalankan pengimportan dan eksport barangan perlu memberikan tumpuan ke atas langkah penguatkuasaan lebih tegas dan sekatan lebih ketat untuk mencegah dan menghukum penyalahgunaan perkhidmatan mereka bagi penyeludupan hidupan liar secara haram.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua kumpulan pedagang ini sering terlibat dalam pelbagai perniagaan yang sah dan haram. Mereka mestilah dipantau. Kedai haiwan peliharaan dan zoo mesti diteliti dan siasatan lanjut harus dijalankan memandangkan sesetengahnya hanya menjadi pelindung bagi aktiviti haram.

Siasatan terhadap aliran kewangan haram berkaitan individu dan syarikat yang disyaki terlibat dalam penyeludupan hidupan liar, pengubahan wang haram dan jenayah lain yang berkaitan adalah satu lagi aspek perlu diteliti.

Rasuah dalam agensi penguatkuasaan juga adalah antara perkara yang menjadi kebimbangan utama.

SAHABAT ALAM 
MALAYSIA (SAM)
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini