KUALA LUMPUR – Sebanyak 737 penerbangan domestik akan ditambah oleh dua syarikat penerbangan terbesar negara, AirAsia dan Malaysia Airlines sempena beberapa perayaan.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, perkara itu telah dipersetujui pihak terlibat dan penerbangan tambahan bermula 23 Mei hingga 16 Jun depan meliputi perayaan Aidilfitri, Hari Gawai dan Pesta Keamatan.
“Kita akan menambah 737 penerbangan lagi berbanding 3,776 penerbangan berjadual sedia ada,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Negara di sini semalam.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











