DUNGUN 2 Mei – Hasrat seorang pemuda pulang bercuti bersama keluarga sempena cuti umum Hari Pekerja semalam tidak kesampaian apabila dia maut setelah motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 331.3 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT 2) dekat susur keluar Plaza Tol Paka semalam. Mohamad Nanshah Nornashriq Mohd. Rosnan, 24, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Ketua Polis daerah ini, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, nahas itu…










