Tak perlu guling, bagi saja nama calon Presiden KAFA - Bibi - Utusan Malaysia

Tak perlu guling, bagi saja nama calon Presiden KAFA – Bibi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 13 Mei – Usahawan batik Bibi Ramjani Ilias Khan meminta ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengemukakan nama calon yang mahu dibawa masuk bagi menggantikannya sebagai presiden baharu.

Tanpa berselindung, Bibi Ramjani berkata, calon yang bakal dibawa masuk itu perlulah mempunyai kreadibiliti baharulah dia akan mengosongkan jawatan tersebut.

“Saya bukan orang politik, jadi Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) selaku ahli gabungan tidak perlu nak gulingkan (usul undi tidak percaya).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lagipun mandat yang mereka (PBJ) berikan sebelum ini sah sehingga 2021,” katanya selepas mengulas tindakan PBJ yang mahu mengemukakan usul undi tidak percaya bagi mendesaknya berundur.

Utusan Malaysia semalam melaporkan tujuh PBJ akan mengemukakan usul undi tidak percaya bagi mendesak Bibi Ramjani supaya berundur untuk memberikan laluan kepada Kongres Luar Biasa (EGM) untuk memilih presiden baharu.

Surat desakan itu dijangka akan dihantar sejurus umat Islam selesai menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 6 Jun depan.

Bibi Ramjani memberitahu, dia sudah lama bersedia untuk berundur daripada jawatan tersebut.

Katanya, pengunduran itu bagi memberikan peluang kepada individu yang betul-betul layak memimpin KAFA.

Setakat ini usahawan berusia 31 tahun Datuk Seri Amril Aiman Abd Aziz dilihat begitu bersemangat untuk menerajui KAFA. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini