PORT DICKSON 10 Mei – Polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes samun di sebuah rumah di Taman Kurnia, Bukit Pelandok di sini semalam.
Ketua Polis daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, tangkapan dibuat oleh anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Khas D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri dalam serbuan pada pukul 2.30 pagi.
“Suspek beralamat di Seremban itu telah ditangkap kerana disyaki terlibat dengan kes samun di sebuah kondominium di Batu 9, Telok Kemang di sini pada 28 April lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Beliau berkata, suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE











