Sultan Brunei, raja-raja, Yang Dipertua Negeri beri penghormatan - Utusan Malaysia

Sultan Brunei, raja-raja, Yang Dipertua Negeri beri penghormatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN 23 Mei – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah tiba di Balairung Seri Istana Abu Bakar pada pukul 12.33 tengah hari ini bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah.

Sultan Hassanal Bolkiah kemudian bersalaman dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan raja-raja Melayu yang hadir.

Selepas itu, baginda diiringi Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berdiri dan memberi penghormatan serta berdoa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antara raja Melayu yang hadir setakat ini ialah Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-Iz Petra; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Hadir sama Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

– UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini