ENTAH di mana silapnya. Mengambil pembantu rumah kononnya untuk meringankan tugasan di rumah, tapi lain pula jadinya. Berpura-pura baik di depan mata, mahir melakukan urusan di rumah, tidak sedikit pun tingkah lakunya dicurigai. Hanya dengan sekali arahan, dia mudah memahami apa yang kami sekeluarga perlukan. Tidak hairanlah, jika kami sekeluarga sayangkannya dan menganggap dia sebagai keluarga sendiri. Namun, di sebalik kebaikan yang diberikan, rupa-rupanya ada agenda dirancang. Hebat! Anugerah Pelakon…










