Stor bakeri dalam Suria KLCC terbakar - Utusan Malaysia

Stor bakeri dalam Suria KLCC terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Sebuah pasar raya di dalam Pusat Beli-Belah Suria KLCC nyaris musnah selepas stor bakerinya terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Menyelamat Malaysia Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, kebakaran tersebut bagaimanapun hanya melibat 10 peratus bahagian stor berkenaan selepas berjaya dipadam anggotanya.

“Kita menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.19 pagi sebelum mengejarkan 36 anggota yang diketuai Komander Operasi Kanan, L. Prakash serta empat jentera dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) ke tempat kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“BBP yang terlibat adalah dari Jalan Tun Razak, Keramat dan Hang Tuah,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, pihaknya tiba ke lokasi kejadian pada pukul 1.26 pagi dan api berjaya dikawal pada pukul 1.55 pagi.

“Kejadian tidak melibatkan sebarang mangsa dan puncanya masih dalam siasatan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini