Stesen MRT Jakarta ditutup sementara - Utusan Malaysia

Stesen MRT Jakarta ditutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 22 Mei – Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Bundaran Hotel Indonesia (HI) akan ditutup sementara sehingga tengah malam ini sebagai langkah keselamatan.

Antara News melaporkan, stesen tersebut ditutup dari pukul 1.30 petang waktu tempatan sehingga pukul 12 tengah malam, menurut Setiausaha Perusahaan PT MRT Jakarta, Muhamad Kamaludin hari ini.

Hal ini kerana jelas Muhamad, stesen tersebut terletak berhampiran dengan bangunan Badan Pengawas Pemilu (Bawaslu) yang sehingga kini masih dikawal ketat oleh pasukan keselamatan. – AGENSI

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini