KUALA LUMPUR 2 Mei – Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik berkata, empat pensyarah yang terlibat dalam rumusan eksekutif Statut Rom yang dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja pada 2 April lalu perlu bertanggungjawab dan bersedia memikul akauntabiliti terhadap apa jua yang ingin mereka ketengahkan. Beliau berkata, ia selari dengan janji kerajaan untuk mengangkat kebebasan akademik seperti yang telah diputuskan kabinet sebelum ini. “Dalam masa yang sama kita berharap isu ini perlu diperdebat…










