Spurs berlepas awal ke Madrid - Utusan Malaysia

Spurs berlepas awal ke Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 18 Mei – Pada ketika Jurgen Klopp akan membawa Liverpool ke Marbella bagi menjalani latihan dalam persekitaran Mediterranean, Mauricio Pochettino sebaliknya memilih untuk berlepas terus terus ke Madrid bagi mempersiapkan pasukannya menghadapi final Liga Juara-Juara, 2 Jun ini.

Spurs akan berlepas ke ibu negara Sepanyol pada Rabu pagi untuk membolehkan pemain membiasakan diri dengan cuaca serta persekitaran di Madrid.

Mereka kemudian akan menentang Liverpool di Stadium Wanda Metropolitano pada hari Sabtu, pukul 8 malam waktu tempatan (3 pagi Ahad waktu Malaysia).

Memuatkan artikel berkaitan…

Persiapan lain akan diadakan di padang latihan kelab di Bulls Cross HQ, Enfield, di mana pemain lebih selesa dengan persekitaran diLondon.

Harry Kane dan rakan-rakan sepasukannya diberi cuti beberapa hari sebelum kembali mendaftar diri untuk memulakan latihan di Madrid.

Musim lalu, Liverpool berlepas ke Kiev, Ukraine lebih awal sebelum menghadapi Real Madrid dalam final Liga Juara-Juara.

Itu bermakna, Reds hanya sempat menjalani latihan penuh sehari di Kiev sebelum dikalahkan oleh Real. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini