KUALA LUMPUR 15 Mei – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negeri (SPAN) menyokong penuh tindakan kerajaan Kedah untuk mewartakan Hutan Simpan Ulu Muda sebagai Taman Negeri.
Pengerusi SPAN, Charles Santiago berkata, tindakan itu mampu memastikan kawasan tersebut kekal terpelihara terutamanya sebagai sumber bekalan yang bebas daripada ancaman pencemaran dan menjamin bekalan air secara berterusan.
“Kami berharap agar negeri-negeri lain turut mengikut langkah kerajaan Kedah mewartakan kawasan hutan tadahan untuk kesejahteraan rakyat.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Selain itu, Kerajaan Persekutuan diharal dapat memainkan peranan dalam menggalakkan lebih banyak negeri mengambil langkah yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











