Sindiket love scam jerat warga emas tumpas - Utusan Malaysia

Sindiket love scam jerat warga emas tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Satu sindiket love scam yang menjerat mangsa di kalangan warga emas tumpas dengan penahanan 14 ahlinya di sekitar daerah ini.

Penahanan kesemua suspek termasuk dua wanita itu berusia 30 hingga 40 tahun itu dilakukan bermula Disember tahun lalu hingga awal bulan ini. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek terdiri warga Nigeria, Ghana dan Republic of Guinea itu menggunakan foto berwajah kacak apabila memburu mangsanya di laman sosial Facebook. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, suspek kemudiannya menyakinkan mangsa kebanyakan berusia 60 tahun ke atas terhadapnya sebelum menggunakan aplikasi Whatsapp bagi meminta mangsa mengirimkan wang bagi sebarang tujuan. 

“Ada sesetengah mangsa yang berstatus janda dijanjikan untuk berkahwin oleh suspek. 

“Bagi tempoh Januari hingga April tahun ini didapati terdapat tujuh laporan polis dengan kerugian RM2 juta. Jumlah itu tinggi berbanding sepanjang tahun lalu mencatatkan 16 laporan dengan kerugian RM893, 511,”katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Menurut beliau, menerusi siri serbuan itu berjaya merampas sebuah kenderaan jenis Lexus, 16 unit komputer riba pelbagai jenama, 52 telefon bimbit pelbagai jenama serta wang tunai berjumlah RM30,000.

Baharudin menambah, turut dirampas adalah sebuah beg mengandungi sejumlah mata wang palsu USD100  dipercayai digunakan untuk aktiviti Black Money. 

“Siasatan masih dijalankan termasuk mengenal pasti mangsa yang terlibat dengan Black Money ini. 

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek termasuk dua ahli wanita iaitu warga Indonesia dan Australia memasuki negara sejak tahun lalu atas alasan melancong dan belajar,”katanya.

Jelas beliau, menerusi tangkapan itu berjaya menyelesaikan sebanyak 11 kes dari tahun 2018 hingga tahun ini berjumlah RM2. 2juta.

Kes disiasat siasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini