Silverlake Axis, Intel bangunkan penyelesaian keselamatan PAM - Utusan Malaysia

Silverlake Axis, Intel bangunkan penyelesaian keselamatan PAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mei – Pembekal penyelesaian keselamatan siber dan teknologi maklumat, Silverlake Axis Ltd., melalui subsidiari Silverlake MasterSAM Sdn. Bhd., bekerjasama dengan pemimpin dalam industri semikonduktor, Intel Corporation untuk membangunkan sebuah penyelesaian pengurusan akses terlindung (PAM) dengan keselamatan tambahan.

PAM merupakan satu set peralatan dan penyelesaian yang digunakan untuk mengurus serta mengawal sistem, sumber dan data kritikal sesebuah organisasi.

Pengarah Urusan SilverLake MasterSAM, Sanjeev Dhar berkata, penyelesaian tersebut, Silverlake Appliance (SIA) X-300 PAM dijangka dilancarkan pada suku ketiga 2019 dan akan membantu melindungi daripada ancaman siber sambil memberikan prestasi perkhidmatan yang lebih konsisten.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perkakasan ini mewujudkan kontena perlindungan bagi membolehkan aplikasi melindungi maklumat sulit ketika sedang berfungsi atau bersedia,” katanya dalam kenyataan di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini