KUALA LUMPUR 31 Mei – Shahrul Saad bersedia menggalas tugas kapten Harimau Malaya bagi menghadapi Nepal dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini menggantikan Farizal Marlias. Farizal adalah kapten yang baharu dilantik ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, namun penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT) itu tidak dapat dipastikan sama ada boleh diturunkan atau sebaliknya kerana demam. Pertahanan Perak, Shahrul yang merupakan penolong kapten berkata, walaupun…