Sertai Daesh, tiga lelaki dijatuhi hukuman mati - Utusan Malaysia

Sertai Daesh, tiga lelaki dijatuhi hukuman mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGHDAD 27 Mei – Tiga lelaki warga Perancis dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah tempatan selepas didapati bersalah menyertai kumpulan pengganas Daesh.

Tertuduh iaitu Kévin Gonot, Léonard Lopez dan Salim Machou mempunyai tempoh 30 hari untuk membuat rayuan.

Lapor BBC, mereka merupakan antara 12 rakyat Perancis yang ditahan di Syria oleh kumpulan pemberontak disokong Amerika Syarikat (AS).

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada Februari lalu, mereka dipindahkan ke negara ini untuk dibicarakan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini