Semedo bebas kecederaan kepala - Utusan Malaysia

Semedo bebas kecederaan kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 20 Mei – Barcelona mengesahkan Nelson Semedo tidak mengalami kecederaan teruk di kepala selepas mengalami kemalangan dalam perlawanan La Liga terakhir musim ini menentang Getafe.

Semedo dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan tersebut, namun peluangnya untuk beraksi di Copa del Rey Sabtu ini masih menjadi tanda tanya.

Barcelona bagaimanapun mengesahkan bahawa Semedo, yang juga bek kanan skaud Catalan telah bebas daripada kecederaan selepas menjalani ujian di hospital di Bilbao.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semedo lulus ujian kecederaan di kepalanya. Dia telah keluar hospital. Dia akan kembali ke Barcelona untuk meneruskan protokol yang ditetapkan dalam kes ini, kemudian menjalani latihan sambil memantau kesihatannya,” kata Barcelona dalam satu kenyataan.- AGENSI


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini