KABUL 8 Mei- Kira-kira sembilan orang cedera parah selepas satu letupan kuat menggegarkan Kabul hari ini.
Al Jazeera melaporkan, Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Nusrat Rahimi berkata serangan disasarkan kepada organisasi antarabangsa, Counterpart International.
Kata Nusrat, selain letupan kuat, insiden berbalas tembakan turut berlaku di sini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Kesihatan, Wahidullah Mayar mengesahkan kesemua cedera telah dibawa ke hospital untuk dirawat.
Tiada kematian dilaporkan sehingga kini.- AGENSI











