KUALA LUMPUR 30 Mei – Maybank, bank keempat terbesar di Asia Tenggara dari segi aset menjangkakan semakan semula kadar faedah baru-baru ini dijangka menyokong perkembangan ekonomi pada masa akan datang dan membawa kepada pertumbuhan lebih kukuh bagi Malaysia. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Abdul Farid Alias berkata, ia sekali gus bakal memacu pertumbuhan prestasi kewangan bagi suku-suku akan datang berbanding suku pertama yang agak sederhana dengan merekodkan keuntungan bersih RM1.81 bilion berbanding RM1.87 bilion pada suku sama 2018. Katanya, Maybank merekodkan perolehan sebanyak RM5.86 bilion pada suku pertama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya