Selangor keciciran mata lagi - Utusan Malaysia

Selangor keciciran mata lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Mei – Stadium Shah Alam bukan lagi gelanggang keramat Selangor apabila Red Giants kini keciciran mata dalam enam perlawanan Liga Super musim ini selepas diikat 1-1 oleh Melaka United, hari ini.

Kegagalan mencatat kemenangan juga menyebabkan anak-anak buah B. Sathianathan gagal memintas Kedah di kedudukan ketiga liga, sebaliknya menghuni tangga keempat dengan 18 mata, satu mata di belakang Lang Merah.

Tuan rumah memulakan aksi dengan langkah kanan selepas pemain sayap, Syahmi Safari meledak gol pembukaan pada minit ke-31 selepas mengambil peluang dalam situasi kucar-kacir di depan pintu gol Melaka United.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hasrat Red Giants untuk mengutip tiga mata di depan penyokong sendiri bagaimanapun disentap oleh Patrick Reichelt yang berjaya meledak gol penyamaan pada minit ke-60.

Keputusan seri menyaksikan Selangor mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan liga kepada tujuh perlawanan berturut-turut.

Begitupun, daripada 21 mata yang ditawarkan di Stadium Shah Alam, mereka keciciran 12 daripadanya akibat dua kekalahan serta tiga keputusan seri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini