Sedania optimis pertumbuhan keuntungan tahun ini - Utusan Malaysia

Sedania optimis pertumbuhan keuntungan tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 16 Mei – Sedania Innovator Bhd. (Sedania) optimis mengenai pertumbuhan keuntungan bagi tahun kewangan semasa walaupun menghadapi kesukaran pada 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif Sedania Innovator Bhd., Daniel Bernd Ruppert

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Daniel Bernd Ruppert berkata, prestasi syarikat pada tahun lepas disebabkan perolehan rendah dan kerugian bukan tunai berkaitan kemerosotan perdagangan dan pajakan kewangan belum terima.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penurunan keuntungan sebenarnya disebabkan jualan rendah, terutamanya daripada segmen internet untuk segala-galanya (IoT) dan teknologi hijau (greentech),” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini hari ini.

Ruppert berkata, syarikat turut menerima kesan daripada pelaksanaan peraturan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia Sembilan (MFRS 9) berhubung akaun belum terima.

Pada tahun lepas, Sedania mencatatkan kerugian selepas cukai sebanyak RM4.36 juta berbanding keuntungan selepas cukai sebanyak RM1.57 juta pada tahun kewangan 2017.

Portfolio perniagaan syarikat teknologi itu merangkumi teknologi kewangan (fintech), IoT, greentech, platform perkongsian dan Analisis Data Raya.

Mengenai prospek, Ruppert berkata, Sedania terus berhati-hati dengan prospek perniagaan.

“Sumbangan positif yang berterusan daripada segmen fintech dan (prospek daripada) inovasi baharu yang dijangka memasuki pasaran pada suku keempat 2019 adalah menggalakkan.

“Prospek segmen IoT turut dijangka meningkat pada tahun ini. Sedania juga mencatat kemajuan yang baik dalam segmen greentech walaupun kelewatan dalam projek tertentu disebabkan lanjutan tempoh pelaksanaan,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini