Sarawak ambil alih taska, tadika - Utusan Malaysia

Sarawak ambil alih taska, tadika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak akan mengambil alih 18 Taska dan 73 Tadika SeDidik Sdn. Bhd. sebagai langkah pertama dalam usaha untuk menyelaraskan pelaksanaan program pembangunan awal kanak-kanak.

Menterinya, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, langkah itu adalah sesuai dengan aspirasi dan keperluan Sarawak, sama ada dari segi akses, kualiti, dan ekuiti, merangkumi aspek kemudahan, kurikulum dan personel.

“Tadika dan Taska SeDidik akan dibangunkan sebagai model yang boleh dicontohi bukan sahaja di Sarawak tetapi juga di peringkat nasional, bahkan juga di peringkat antarabangsa,” katanya semasa berucap pada sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata, pada tahun ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) telah menerima peruntukan geran kerajaan persekutuan sebanyak RM515,000 bagi empat Taska di tempat kerja iaitu di sektor awam di JKMS, UiTM Cawangan Samarahan, Hospital Sibu dan Penjara Pusat Limbang. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×