Sambutan Ulang Tahun Utusan Melayu Ke-80 sederhana, penuh makna - Utusan Malaysia

Sambutan Ulang Tahun Utusan Melayu Ke-80 sederhana, penuh makna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mei – Kakitangan Kumpulan Utusan hari ini meraikan sambutan Ulang Tahun Ke-80 penerbitan akhbar Utusan Melayu secara sederhana tetapi penuh makna di sini.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Pengarang Eksekutif (Mega/Jawi), Mohd. Radzi Mohd. Zin sebelum kira-kira 200 kakitangan mendengar ucapan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam ucapan tersebut, Abd. Aziz berkata: “Usaha menubuhkan Utusan Malaysia bukanlah mudah apabila pengasas Utusan Melayu, Yusof Ishak terpaksa berdepan pelbagai cabaran mendapatkan modal sehingga di saat-saat akhir.

“Situasi sama kali ini, Utusan Malaysia berdepan dengan cabaran tetapi saya yakin datanglah apa sahaja masalah, kita akan terus bergerak menyelamatkan akhbar keramat ini,” katanya.

Pada majlis yang sama, Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah membacakan sepucuk surat yang berjudul ‘Bagaimana Tuan-tuan Semua Boleh Menolong Memaju dan Menjayakan Utusan Melayu?’.

Surat tersebut dikarang oleh Yusof dan diterbitkan dalam keluaran pertama akhbar tersebut 80 tahun lalu.

“Jikalau tuan seorang hartawan bolehlah tuan menolong dengan jalan membeli syer-syer syarikat Utusan Melayu atau berlanggan dengan akhbar Utusan Melayu dua tiga naskhah pada tiap-tiap kali keluar.

“Supaya tuan khairatkan atau hadiahkan kepada masjid-masjid atau surau-surau di kampung tuan,” katanya membacakan isi kandungan surat tersebut, yang turut disiarkan dalam keluaran khas Utusan Malaysia di muka surat 23, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini