Salcon peroleh kontrak bernilai RM18.33 juta - Utusan Malaysia

Salcon peroleh kontrak bernilai RM18.33 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mei – Firma kejuruteraan air dan rawatan air sisa, Salcon Bhd. menerusi anak syarikatnya memperoleh satu kontrak bernilai RM18.33 juta daripada Gamuda M&E Sdn. Bhd.

Menurut Salcon, Envitech Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat milik 60 peratus Salcon Engineering Bhd. mendapat kontrak tersebut.

“Kontrak ini adalah untuk kerja-kerja pembinaan dan penyiapan kerja mekanikal dan elektrikal, penempatan semula utiliti sedia ada dan pengalihan paip pembetungan bagi PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Projek ini dijangka menyumbang secara positif ke atas pendapatan dan aset bersih Kumpulan Salcon bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini