KECAPI keenakan rasa sajian 13 negeri sambil menikmati persembahan kebudayaan secara langsung di TheLove@MaTiC, Kuala Lumpur sepanjang Ramadan ini. Persembahan seperti tarian tradisional itu diadakan di dewan utama TheLove@MaTiC yang dahulunya lebih dikenali dengan nama Saloma Bistro & Wow KL dan terhad kepada 300 orang tetamu yang membuat tempahan awal. Jurucakapnya, Zulfathie Amin Zulkifli Amin berkata, kira-kira 150 hidangan ditawarkan secara bufet yang mampu menerima tempahan sehingga 550 pengunjung pada satu-satu masa. “Antaranya ialah ayam masak merah daun kaduk yang mewakili masakan dari Selangor, rendang tok (Perak), daging salai masak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya