BURIRAM, Thailand,30 Mei – Selepas berehat hampir sebulan, Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) FIM 2019 kembali menggegar gelanggang minggu ini. Litar Antarabangsa Chang di Buriram Thailand akan menjadi destinasi untuk Pusingan 3 yang dijadualkan berlangsung pada 31 Mei hingga 2 Jun ini. Pusingan 3 ini pasti menjadi medan terhebat buat semua pelumba kerana mereka sudah berehat hampir sebulan selepas aksi Pusingan 2 di The Bend Motorsports Park, Australia awal April lalu.…










