JAKARTA 23 Mei – Angka kematian dalam rusuhan membantah keputusan pilihan raya presiden yang memihak kepada Presiden Joko Widodo atau Jokowi meningkat kepada lapan orang.
SEKURANG-KURANGNYA lapan terbunuh dalam rusuhan membantah keputusan pilihan raya umum Jakarta, Indonesia hari ini.
Lapor Detik News, perkara itu disahkan oleh Gabenor Jakarta, Anies Baswedan selepas mengadakan lawatan ke pejabat Badan Pengawas Pemilu (Bawaslu), di Jalan JI MH Thamrin, Jakarta Tengah di sini hari ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Beliau turut memberitahu, sebanyak 737 orang cedera termasuk 79 daripada mereka dilaporkan mengalami kecederaan parah.
“Daripada jumlah keseluruhan, 294 individu yang cedera adalah mereka yang berusia 20 hingga 29 tahun manakala 170 orang lagi melibatkan remaja berusia 19 tahun dan ke bawah,” katanya. – AGENSI











