Rumah terbuka kerajaan Negeri Sembilan pada 15 Jun - Utusan Malaysia

Rumah terbuka kerajaan Negeri Sembilan pada 15 Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 22 Mei – Kerajaan Negeri Sembilan akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Dewan Majlis Perbandaran Seremban di sini pada 15 Jun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sambutan akan diadakan bermula pukul 11 pagi hingga 3 petang.

“Ini merupakan program rumah terbuka kerajaan negeri dan kita menjemput semua rakyat Negeri Sembilan untuk hadir dan sama-sama meraikannya,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam perkembangan lain, katanya, program Mantai Perdana yang menjual keperluan untuk hari raya seperti daging lembu, ayam serta sayur-sayuran pada tahun ini akan turut melibatkan kawasan Labu di sini.

Katanya, sebelum ini kawasan tersebut tiada dalam senarai bagi penganjuran program yang merupakan tradisi rakyat negeri ini semasa musim perayaan.

Baru-baru ini, Aminuddin berkata, program Mantai Perdana akan diperluaskan ke seluruh daerah di negeri ini dan tidak terhad di Seremban bagi memudahkan orang ramai membeli barang keperluan pada harga murah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini