KUALA LUMPUR 7 Mei.- Sebuah rumah satu tingkat musnah dalam kebakaran di Taman Muhibbah, Cheras berhampiran Hospital KPJ, Kajang dekat sini hari ini.
Anggota bomba cuba memadamkan kebakaran melibatkan sebuah rumah di Taman Muhibbah, Cheras berhampiran Hospital KPJ, Kajang, selangor.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.29 malam.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Seramai lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dikerah ke lokasi kejadian.
“Setiba sahaja di lokasi kejadian, api didapati marak dan memusnahkan 60 peratus kediaman tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah jurucakap bomba, api tersebut bagaimanapun berjaya dikawal kira-kira 30 minit kemudian.
“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca kejadian dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE











