KAJANG – Sebuah rumah di Taman Muhibbah, di sini terbakar dalam satu kejadian malam ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima laporan kecemasan berkaitan kejadian itu pada pukul 9.29 malam.
“Seramai 32 anggota bomba dan enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Bangi, Serdang dan Bandar Tun Hussein Onn dikejarkan ke lokasi kejadian.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Setibanya di lokasi didapati api sedang marak membakar rumah satu tingkat itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menambah, pihaknya mengambil masa selama beberapa minit untuk memadamkan kebakaran itu.
“Kebakaran tersebut menyebabkan hampir keseluruhan rumah itu terbakar.
“Tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran berkenaan,” ujarnya. – K! ONLINE











