Rumah rosak akibat ribut, persiapan Ramadan terjejas - Utusan Malaysia

Rumah rosak akibat ribut, persiapan Ramadan terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR 5 Mei – Persiapan penduduk di Batu 10 1/2, Tanjung Piandang di sini untuk menyambut Ramadan esok terjejas apabila rumah mereka rosak akibat ribut hari ini.

Sekurang-kurangnya empat buah rumah mengalami kerosakan akibat ribut pada kira-kira pada pukul 3.30 pagi apabila atap dan bumbung rumah diterbangkan angin.

Seorang nelayan, Nordin Mat, 55, berkata, akibat ribut, rumah yang didiaminya sejak 20 tahun lalu rosak pada bahagian bumbung.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menceritakan detik cemas yang berlaku, Nordin berkata, kejadian berlaku ketika dia dan isteri serta enam anaknya sedang tidur.

Katanya, sebaik sahaja ribut melanda, dia segera mengejutkan ahli keluarganya untuk menyelamatkan diri.

“Rumah ini saya bina dengan kos RM33,000. Akibat ribut saya anggarkan kerugian lebih RM15,000,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, dia mempunyai sedikit simpanan wang yang hendak dibelanjakan sempena Ramadan esok.

“Namun wang berkenaan terpaksa saya gunakan untuk memperbaiki kerosakan rumah dan menggantikan beberapa peralatan rumah yang rosak.

“Buat masa ini saya akan gunakan apa yang ada untuk menutup bumbung rumah sama ada menggunakan kain kanvas atau plastik,” katanya.

Menurutnya, minggu lalu kejadian ribut berlaku di Kampung Sungai Baru yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

Katanya, ribut hari ini merosakkan tiga rumah jirannya namun rumahnya yang paling teruk mengalami kerosakan.

“Semua reda dengan kejadian ini walaupun esok kita akan mula berpuasa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini