Rumah musnah terbakar - Utusan Malaysia

Rumah musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Mei – Sebuah rumah di Kampung Panglima Seman Lama, Petra Jaya, Sarawak musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Memetik laporan Utusan Borneo, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 1.05 pagi dan beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal yang telah musnah sepenuhnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Operasi pemadaman yang turut dibantu anggota dari BBP Padungan berjaya mengawal kebakaran pada pukul 1.25 pagi dan tamat sepenuhnya pada pukul 1.50 pagi,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Borneo.

Menurut kenyataan itu, tiada kecederaan dan kehilangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran tersebut.

“Pemilik rumah berasal dari Sibu dan rumah tersebut sebelum ini disewakan kepada sebuah keluarga.

“Semasa kebakaran berlaku, difahamkan rumah tersebut tidak berpenghuni kerana penyewa tidak lagi menyewa sejak siang kelmarin,” ujarnya yang turut menjelaskan punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik Kebakaran JBPM Sarawak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini