KUALA LUMPUR 3 Mei – Kerajaan akan membayar pampasan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sekiranya dua plot tanah di Bukit Chagar disahkan dimiliki dan dibayar baginda bagi membolehkan kerajaan meneruskan projek Sistem Transit Pantas (RTS). Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, setakat ini, kerajaan belum menerima keterangan lanjut mengenai status tanah berkenaan. Katanya, jika Sultan Ibrahim belum membayar tanah tersebut sebagai pemilikannya, ia tetap menjadi tanah Persekutuan. “Jika dia (baginda) telah membayarnya, kita perlu membeli semula. Jika belum bayar, kita tidak perlu beli semula. Itu tanah kita…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya