KLANG: Suasana di Jalan Gudang Nenas, Bandar Baru Klang di sini, gempar apabila sebuah kedai buah-buahan musnah teruk dipercayai akibat letupan karbait, petang tadi. Kejadian itu mengakibatkan runtuhan pada struktur dinding pejabat premis dan menjejaskan enam buah kereta yang diletakkan di tepi masjid berdekatan. Namun, tiada mangsa dan kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pukul 5.21 petang. Jelasnya, sepasukan lapan pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya