Ronaldo kembali sertai Portugal - Santos - Utusan Malaysia

Ronaldo kembali sertai Portugal – Santos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON 9 Mei – Pengendali Portugal, Fernando Santos mengesahkan Cristiano Ronaldo akan membarisi pasukan negara itu dalam saingan Liga Negara-Negara pada Jun ini yang menyaksikan negara itu menjadi tuan rumah penganjuran kejohanan tersebut.

Penyerang Juventus berusia 34 tahun itu, terlepas enam perlawanan antarabangsa selepas Piala Dunia termasuk aksi peringkat kumpulan Liga Negara-Negara, namun kembali beraksi bersama Portugal ketika kelayakan Euro 2020, Mac lalu.

Portugal akan berdepan Switzerland dalam aksi separuh akhir pada 5 Jun nanti dan pemenang perlawanan itu akan berdepan England atau Belanda di pentas final pada 9 Jun di Porto.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia begitu menghargai, komited dan bersemangat untuk beraksi bersama pasukan negaranya,” kata Santos.

Pengendali berusia 64 tahun itu, akan menamakan senarai akhir pasukan pada 23 Mei ini dan menegaskan Ronaldo yang merupakan penjaring terbanyak Portugal bakal mengetuai negaranya.

“Dia (Ronaldo) tidak bermain di peringkat kumpulan dan kami memahami serta menghormati keputusannya. Dia telah memberi penjelasan berkenaan perkara itu,” katanya kepada Sport TV. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini