Rokok seludup bernilai RM735,342 dirampas - Utusan Malaysia

Rokok seludup bernilai RM735,342 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU 28 Mei – Sebanyak 47,633 bungkus rokok dianggarkan bernilai RM735,342.80 ditemukan pasukan keselamatan dalam satu serbuan di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Batu 5, Jalan Apas di sini Selasa lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Nor Azizulkifli Mansor berkata, susulan penemuan rokok berkenaan oleh sepasukan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dan polis Tawau itu, seorang lelaki tempatan berumur 24 tahun ditahan di Jalan Haji Salleh di sini pada keesokan harinya kira-kira pukul 1 petang.

“Suspek ditahan reman bermula 23 Mei sehingga 26 Mei, sebelum reman kedua bermula pada 27 Mei sehingga esok bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Nor Azizulkifli, dalam operasi yang bermula pukul 9.30 malam itu, pihaknya menemukan pelbagai jenis rokok yang tidak mempunyai kelulusan kastam disembunyikan.

Jelasnya, antara rokok yang ditemukan ialah Astro Menthol, Tradition, Minna International, A Satu Mild, Menara Dunia, Menara International, Extreme Mile Menthol, LA Menthol, Apache dan Gudang Garam.

“Tiga lori serta dua kenderaan jenis pacuan empat roda yang disyaki digunakan untuk kegiatan penyeludupan rokok belum lulus kastam turut dirampas.

“Rampasan rokok itu merupakan yang terbesar pihaknya bagi tempoh lima bulan tahun ini,” jelasnya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini