Robertson pula jadi sasaran Barcelona - Utusan Malaysia

Robertson pula jadi sasaran Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 11 Mei – Barcelona dilaporkan menjadi peminat pertahanan Liverpool, Andy Robertson.

Kapten Scotland itu menikmati musim cemerlang bersama Reds, dengan anak-anak buah Jurgen Klopp kini beraksi dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara dan hanya dipisahkan satu perlawanan daripada gelaran Liga Perdana Inggeris.

Sepanjang musim ini, Robertson telah menyempurnakan 13 bantuan dan beraksi cemerlang sewaktu Liverpool membenam Barcelona pada pertengahan minggu ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut laporan di Sepanyol, difahamkan bos Barcelona begitu mengagumi Robertson, yang terbabit dalam pertikaman dengan Lionel Messi dan Luis Suarez sepanjang timbal balik separuh akhir tersebut.

Mundo Deportivo melaporkan, ciri-ciri yang dimiliki Robertson sememangnya menjadi sasaran Barca, meskipun bek kiri tersebut masih mempunyai kontrak di Anfield sehingga 2024.

Robertson hanya memerlukan Liverpool berbelanja sebanyak 8 juta pound (RM43 juta), sewaktu dia tiba dari Hull pada 2017, tetapi Reds boleh meminta bayaran yang jauh lebih mahal bagi mana-mana kelab yang berminat dengan bintang mereka itu.

Barca pula jika masih berhajat untuk mendapatkan khidmat pemain itu, maka mereka bakal dikenakan yuran jauh lebih besar oleh Liverpool setelah bersetuju untuk menjelaskan bayaran premium sebanyak 100 juta pound (RM540 juta) bagi mana-mana pemain Reds selepas Philippe Coutinho dijual kepada juara La Liga tersebut.

Ini bermakna Barca perlu mengeluarkan perbelanjaan sekurang-kurangnya 160 juta pound (RM865 juta) hanya untuk melakukan rundingan dengan Liverpool tentang Robertson, yang terpaksa di bawa keluar sewaktu timbal balik kedua kerana ditimpa kecederaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini