Ringgit jatuh antaranya disebabkan menteri tidak bijak berkomunikasi - Daim - Utusan Malaysia

Ringgit jatuh antaranya disebabkan menteri tidak bijak berkomunikasi – Daim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Mei – Notis cukai pendapatan yang terlalu banyak dihantar kepada orang ramai membuatkan rakyat takut berbelanja hingga menyebabkan ringgit mengalami kejatuhan.

Astro Awani memetik kenyataan bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin sebagai berkata, perkara itu diburukkan lagi apabila penghantaran notis cukai itu diumumkan kepada orang ramai hingga menyebabkan mereka takut berbelanja.

“Cukai pendapatan tak perlulah kacau orang. Kalau hantar notis mereka takut nak belanja, patut jangan kacau rakyat. Sebelum ini tidak pernah umum, bila Pakatan Harapan (PH) jadi kerajaan hantar notis sampai lapan juta.

“Lapan juta notis kalau seorang isteri dan seorang suami sudah 16 juta, kacau ini. Anda bunuh keyakinan. Dulu mereka keluar makan, sekarang mereka takut nak keluar,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama Astro Awani di sini semalam.

Daim menasihatkan menteri-menteri Kabinet supaya berbincang terlebih dahulu dengan setiausaha akhbar masing-masing sebelum mengeluarkan kenyataan.

“Kalau nak buat kenyataan, bincang tengok apa kesannya, bincang dengan pegawai kemudian bincang menteri dengan menteri. Bukan seronok-seronok buat kenyataan.

“Kalau positif keluar kenyataan, kalau negatif jangan keluar kenyataan, kalau negatif nak umum juga, bodoh lah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×