Tradisi adaptasi di negara ini bermula dengan memindahkan cerita-cerita bercorak hikayat, cerita rakyat dan syair yang menunjangi seni bangsawan ke filem. Bangsawan merentasi era emasnya antara tahun 1940-an hingga awal 1950-an di seluruh negara. Filem Melayu pertama, Leila Majnun diterbitkan tahun 1933 dan ditayangkan pada 1934. Leila Majnun yang popular di pentas bangsawan ini diangkat daripada kisah percintaan dari Timur Tengah, kemudian menjadi antara pementasan popular di Malaya dan Indonesia.…










