Remaja disyaki dirogol selepas didapati mengandung 7 bulan - Utusan Malaysia

Remaja disyaki dirogol selepas didapati mengandung 7 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Mei – Seorang remaja berusia 15 tahun disyaki menjadi mangsa rogol apabila didapati mengandung 25 minggu selepas menjalani pemeriksaan di Klinik Kesihatan Lanang, dekat Sibu, Sarawak di sini kelmarin.

Portal Utusan Borneo melaporkan, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, pelajar tingkatan tiga itu dihantar oleh ibunya ke klinik selepas mengadu sakit perut.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan pihak klinik mengesahkan mangsa telah hamil tujuh bulan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa, yang mengalami masalah pembelajaran, berkenalan dengan seorang lelaki warga Indonesia pada Februari 2018 selepas berpindah ke rumah neneknya apabila ibu bapanya bercerai.

“Mangsa tidak menyedari dirinya telah hamil kerana tidak melakukan hubungan seks dengan lelaki lain namun mengesyaki telah dirogol oleh suspek yang pernah memberikan air soya kepada mangsa sebelum dia (mangsa) pengsan pada November tahun lalu.

“Selepas sedarkan diri, mangsa mendapati dirinya dalam keadaan baik, tetapi badannya terasa tidak selesa,” jelasnya.

Difahamkan mangsa merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik.

Stanley berkata, borang Pol 59 (arahan untuk dapatkan pemeriksaan kesihatan mangsa) telah dikeluarkan dan mangsa masih berada di Hospital Sibu untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini