PARIS 30 Mei – Pilihan utama, Naomi Osaka mengakui permintaan Victoria Azarenka untuk menghentikan permainan selama 10 minit bagi membolehkan pemain itu ke tandas, telah membantunya melepasi halangan besar bagi meneruskan kemaraan ke peringkat seterusnya, hari ini. Bintang tenis Jepun itu, yang menyasarkan untuk menambah koleksi gelaran dengan memburu kemenangan pada Terbuka Perancis selepas mendakap kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat dan Australia, bangkit daripada ketinggalan satu set sebelum mencatat kemenangan 4-6, 7-5, 6-3 ke atas Azarenka. Kedua-dua pemain tersebut meninggalkan Gelanggang Suzanne Lenglen untuk ke tandas sebelum memulakan set ketiga. Osaka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya