KOTA TINGGI 1 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan 24 nelayan asing termasuk dua tekong yang dipercayai sedang mencuri sumber perikanan negara dengan menggunakan dua buah bot pada kedudukan 19 Batu Nautika tenggara perairan Pulau Aur, di sini pada pukul 12.30 tengah hari semalam. Kepten Maritim Zon Maritim Tanjung Sedili, Mohd. Zulfadli Nayan berkata, kesemua pihak yang ditahan merupakan warga Vietnam dan berusia antara 15 hingga 56…









