Ramadan: LHDN tutup operasi harian 30 minit awal - Utusan Malaysia

Ramadan: LHDN tutup operasi harian 30 minit awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menutup operasi harian semua pejabatnya 30 minit lebih awal sepanjang bulan Ramadan ini.

LHDN dalam kenyataan hari ini, berkata pejabatnya di semua negeri kecuali Johor, Kedah, Terengganu dan Kelantan akan beroperasi bermula 8 pagi hingga 4.30 petang pada Isnin hingga Jumaat.

Bagi empat negeri tersebut, kaunter akan beroperasi bermula 8 pagi hingga 4.30 petang pada Ahad hingga Rabu, manakala pada Khamis bermula 8 pagi hingga 3 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di Sabah dan Labuan pula, pejabat LHDN akan beroperasi bermula 7.30 pagi hingga 4 petang.
Selain itu, waktu perkhidmatan Hasil Care Line (HCL) akan bermula pada 9 pagi hingga 4.30 petang pada setiap Isnin hingga Jumaat.

LHDN berkata, bagi memastikan tempoh masa perkhidmatan kekal tidak berubah dan perkhidmatan kepada pelanggan tidak terjejas, waktu operasi diselaraskan dengan memendekkan waktu rehat tengah hari daripada 60 minit kepada hanya 30 minit.

Bagaimanapun, kenyataan itu menyebut perubahan waktu operasi itu tidak meliputi kaunter perkhidmatan LHDN di Pusat Transformasi Bandar (UTC).

“Waktu operasi kaunter perkhidmatan LHDN di UTC adalah tertakluk kepada ketetapan waktu bekerja oleh Kementerian Kewangan dan pihak berkuasa berkaitan,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini