Rakyat Malaysia di Indonesia dinasihat elak berada di titik perhimpunan - Utusan Malaysia

Rakyat Malaysia di Indonesia dinasihat elak berada di titik perhimpunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 22 Mei – Rakyat Malaysia di Indonesia dinasihatkan untuk terus mengelak berada di tititk-titik perhimpunan massa seperti Tanah Abang, Tamrin, Sabang dan Menteng.

Mereka juga dinasihatkan untuk terus mendapatkan maklumat terkini melalui saluran berita yang sah.

Nasihat itu diberikan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta melalui ciapan di Twitter miliknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sila patuhi arahan pihak berkuasa tempatan,” jelasnya.

Menurut pihak kedutaan, beberapa jalan utama di Jakarta Pusat telah ditutup pihak berkuasa hari ini berikutan rencana perhimpunan di hadapan bangunan KPU dan Bawaslu.

“Rakyat Malaysia di Jakarta dinasihatkan untuk merancang perjalanan anda sebaik-baiknya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas,” nasihat pihak kedutaan lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini