Raja Vajiralongkorn simbol perpaduan, junjung kasih rakyat - Utusan Malaysia

Raja Vajiralongkorn simbol perpaduan, junjung kasih rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Raja Maha Vajiralongkorn yang baru ditabalkan sebagai Raja ke-10 Dinasti Chakri merangkumi simbol perpaduan dan junjung kasih rakyat, kata Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel.

Beliau berkata, ia adalah cukup istimewa untuk menyaksikan istiadat pertabalan Raja Vajiralongkorn yang berlangsung secara gilang-gemiling dan bersejarah pada Sabtu, istiadat pertabalan yang pertama di negara beraja itu dalam tempoh tujuh dekad.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia serta semua warga Malaysia yang menetap di Thailand, saya ingin menyampaikan ucapan tahniah yang tulus ikhlas sempena pertabalan Raja Vajiralongkorn.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami berharap semoga baginda dikurniakan keadaan kesihatan yang baik dan kebahagiaan semasa memerintah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Raja Vajiralongkorn menggunakan gelaran Rama X atau Raja ke-10 daripada Dinasti Chakri yang diasaskan pada 1782. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini