KUALA LUMPUR 13 Mei – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menghadiri majlis penyampaian sumbangan kepada tabung kebajikan dan pesakit hospital anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
MAIWP dalam kenyataan di sini hari ini berkata, program itu akan diadakan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Bandar Tun Razak, Rabu ini bermula dari pukul 9.30 pagi.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh,” katanya. – UTUSAN ONLINE











