Raja Perlis berangkat majlis berbuka bersama Kolonel Yang Dipertua - Utusan Malaysia

Raja Perlis berangkat majlis berbuka bersama Kolonel Yang Dipertua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mei – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menghadiri ‘Majlis Berbuka Puasa Bersama Kolonel Yang DiPertua 2019’ yang diadakan di Masjid Muhammad Al-Fateh, Kem Wardieburn, Setapak, di sini baru-baru ini.

berbuka2
 

Majlis tahunan tersebut dianjurkan oleh Rejimen Renjer Diraja dan Kor Polis Tentera Diraja yang mana Tuanku Syed Sirajuddin adalah Tuanku Kolonel Yang DiPertua bagi kedua-dua kor Tentera Darat itu.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengerusi Rejimen Renjer Diraja, Mejar Jeneral Datuk Din Hj Abu serta para pegawai tertinggi kedua-dua kor berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut hadir mengiringi Tuanku Raja dan Tuanku Raja Perempuan Perlis ke majlis iftar disusuli solat maghrib, isyak dan sunat tarawih secara berjamaah itu ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, cucunda sulung baginda berdua, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, kerabat diraja, para pembesar negeri Perlis serta para pegawai kanan kedua-dua kor itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini