Raja Muda Perlis berangkat program Agihan Bubur Lambuk Persatuan Pandu Puteri - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis berangkat program Agihan Bubur Lambuk Persatuan Pandu Puteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 16 Mei – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan majlis pelancaran program ‘Agihan Bubur Lambuk Anjuran

Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Negeri Perlis 2019’ yang diadakan di Sri Kesayangan, Jalan Tun Abdul Razak, Kangar petang semalam.

Keberangkatan tiba kedua-dua tetamu diraja berkenaan ke program yang turut mendapat kerjasama padu daripada pihak syarikat Nestle Malaysia Berhad dan juga organisasi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan – W.I. Negeri Perlis itu disambut oleh Yang DiPertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Negeri Perlis, Datuk Hajah Tengku Shireen Datuk Paduka Tengku Suleiman serta para pemimpin kanan persatuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Program tersebut telah disusun bermula dari pagi hingga petang bagi acara memasak dan pembungkusan serta pengedaran bubur lambuk. Ia telah diselaraskan dengan melibatkan AJK Persatuan Pandu Puteri, guru-guru dan juga murid-murid dari 3 buah sekolah rendah iaitu SK Seri Indera, SK Oran dan SK Titi Tinggi serta 3 buah sekolah menengah terdiri daripada SMK Derma. SMK Syed Sirajuddin dan SMK Datuk Sheikh Ahmad.

Sebanyak 1,012 bungkus bubur lambuk telah diedarkan kepada penduduk tempatan di lima buah lima lokasi pengedaran termasuklah di Ladang Tebu, hadapan Makam Diraja Arau, depan bangunan KWSP Kangar, Jalan Tun Abdul Razak dan juga di depan Pejabat Pos Laju Taman Sena Indah, Kangar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini